Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 2

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 4,531
» Ahli Terbaru: NUR SYUHADA BT MOHAMAD AZNAN
Laman Web IPGM
SISTEM ATAS TALIAN
IConFEd2020
Makkah TV Live
MANUAL PENGURUSAN IPGKTB 2020
MANUAL PENGURUSAN IPGKTB 2021
MANUAL PENGURUSAN 2022
SENARAI JABATAN & UNIT 2022
Login Emel Staf
Pautan Utama
Brosur Perkhidmatan
Mari Belajar Bahasa
Sebagai IPG yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa dan bahasa kita sepatutnya mencuba untuk mengetahu perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan dalam komunikasi seharian. Sebagai permulaan mari kita mencuba perkataan-perkataan ini.
Latihan 1
Undian ahli
Adakah anda memahami perbezaan konsep kreativiti dan inovasi?

Saya memahami
Saya memahami
86% [110 Undian]

Saya kurang memahami
Saya kurang memahami
11% [14 Undian]

Saya tidak Pasti
Saya tidak Pasti
3% [4 Undian]

Undian: 128
Anda mesti log masuk untuk membuat undian.
Bermula: 12.05.14
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
Lokasi Kampus
Medina TV Live
Sistem Pergerakan Staf
Sistem Audit MSISO
Aduan Pelanggan
Shoutbox
You must login to post a message.

28-12-2020 09:50
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

16-11-2020 20:48
Assalamualaikum. Bila permohonan seterusnya akn dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

03-11-2020 11:21
ICONFED 2020 is going virtual from 17- 18 November 2020 !!! Click here to visit our website ... http://ipgktb.edu.
my/iconfed2020/

17-08-2020 14:28
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

27-07-2020 01:30
Hai.. Bila permohonan dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

Shoutbox Archive
Facebook IPGKTB
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke -16 IPG Kampus Tuanku Bainun

Pada 8 Mac 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-16.









Bekas atlit negara Zaiton Binti Othman, menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang

Kejohanan Olahraga Tahunan ini telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen perbarisan yang terdiri daripada Pancaragam Armor Angkatan Tentera Malaysia, Sungai Petani, kontinjen-kontinjen rumah sukan, dan badan beruniform.

Kontinjen-kontinjen perbarisan ini telah memberi tabik hormat kepada tetamu jemputan khas, iaitu Puan Zaiton Binti Othman, Pengarah Bahagian Sukan dan Atlet Kemudian, upacara menaikkan bendera Kejohanan Olahraga Tahunan telah dilaksanakan yang diketuai oleh Khairul Azam dari 5 PISMP PJ 2 dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan lagu IPGKTB dengan iringan pancagaragam.

Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil pengarah, Encik Mansor Bin Ahmad dan ucapan Puan Zaiton Binti Othman. Selepas itu, lafaz ikrar dijalankan yang diketuai oleh saudara Viknesh dari 3 PISMP Tesl. Kemudian, barulah ucapan perasmian dijalankan selepas gimik Kejohanan Olahraga Tahunan dilaksanakan, iaitu pelepasan burung merpati.

Acara diteruskan dengan perarakan keluar kontinjen-kontinjen perbarisan. Antara acara sukan yang dipertandingan pada hari KOT ini adalah acara 100 meter, 4x100 meter, 4x400 meter, 1500 meter, dan sebagainya. Semasa acara-acara ini dijalankan, juga telah berlangsung acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada jam 10.00 pagi merupakan waktu rehat. Ketika waktu rehat ini, pasukan pancaragam telah membuat persembahan dengan alunan beberapa lagu. Setelah tamat waktu rehat, acara sukan telah bersambung. Antara acara yang dijalankan selepas rehat ini adalah lompat tinggi, 4x100 acara jemputan, dan sebagainya.

Kemuncak bagi pertandingan-pertandingan yang dijalankan adalah acara tarik tali antara rumah Bestari dan Cemerlang kategori lelaki, dan rumah Bestari dan Dinamik bagi kategori perempuan. Kedua-kedua acara ini telah dimenangi oelh rumah Bestari. Kemudian, acara penutupan telah dijalankan.

Semua guru pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun memenuhi padang untuk mengetahui keputusan akhir Kejohanan Olahraga Tahunan. Rumah yang telah dinobatkan sebagai juara adalah rumah Cemerlang. Kejohanan Olahraga Tahunan ini telah melabuh tirainya tepat jam 1.30 petang.

 

Pancaragam ARMOR ATM,Sungai Petani

Perbarisan rumah Sukan

Perbarisan Masuk bendera Kejohanan

Peserta 4x100

 

Oleh: Nur Amal ‘Adilah Binti Mohd Yusoff - 5PISMP-PABAAQ