Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 3

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 4,531
» Ahli Terbaru: NUR SYUHADA BT MOHAMAD AZNAN
Laman Web IPGM
SISTEM ATAS TALIAN
IConFEd2020
Makkah TV Live
MANUAL PENGURUSAN IPGKTB 2020
MANUAL PENGURUSAN IPGKTB 2021
MANUAL PENGURUSAN 2022
SENARAI JABATAN & UNIT 2022
Login Emel Staf
Pautan Utama
Brosur Perkhidmatan
Mari Belajar Bahasa
Sebagai IPG yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa dan bahasa kita sepatutnya mencuba untuk mengetahu perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan dalam komunikasi seharian. Sebagai permulaan mari kita mencuba perkataan-perkataan ini.
Latihan 1
Undian ahli
Adakah anda memahami perbezaan konsep kreativiti dan inovasi?

Saya memahami
Saya memahami
86% [110 Undian]

Saya kurang memahami
Saya kurang memahami
11% [14 Undian]

Saya tidak Pasti
Saya tidak Pasti
3% [4 Undian]

Undian: 128
Anda mesti log masuk untuk membuat undian.
Bermula: 12.05.14
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
Lokasi Kampus
Medina TV Live
Sistem Pergerakan Staf
Sistem Audit MSISO
Aduan Pelanggan
Shoutbox
You must login to post a message.

28-12-2020 09:50
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

16-11-2020 20:48
Assalamualaikum. Bila permohonan seterusnya akn dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

03-11-2020 11:21
ICONFED 2020 is going virtual from 17- 18 November 2020 !!! Click here to visit our website ... http://ipgktb.edu.
my/iconfed2020/

17-08-2020 14:28
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

27-07-2020 01:30
Hai.. Bila permohonan dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

Shoutbox Archive
Facebook IPGKTB
Penghayatan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Melalui Pertandingan Persembahan Teater Dan Permainan Rakyat Peringkat Ipg Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Penghayatan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Melalui Pertandingan Persembahan Teater Dan Permainan Rakyat
Peringkat Ipg Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang

1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan ini bertujuan bagi menerapkan penghayatan terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Melalui Persembahan Teater dan Permainan Rakyat dalam kalangan guru-guru pelatih bersempena dengan Program Melaksanakan Dasar-dasar Kerajaan Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. Rasional program ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar terhadap sebelas anjakan yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF
2.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar program sepenuh masa di IPGK Tuanku Bainun.
2.2 Program ini adalah bertujuan untuk memartabatkan dan memperkasakan dasar-dasar kerajaan khasnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kepada seluruh warga Kampus Tuanku Bainun.
2.3 Menggalakkan serta menarik minat siswa pendidik mengenali dan
mempelajari seni teater rakyat Malaysia
2.4 Menggalakkan siswa pendidik bergerak aktif sebagai usaha untuk
menyemarakkan permainan rakyat Malaysia.
2.5 Mengangkat martabat permainan rakyat sebagai warisan generasi akan
datang.
2.6 Mengaplikasikan seni persembahan teater rakyat sebagai satu cara atau teknik mengapresiasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.7 Mengaplikasikan seni persembahan rakyat sebagai elemen pembentukkan minda dan membentuk jati diri siswa pendidik.
2.8 Memupuk minat terhadap pengajaran dan pembelajaran melalui elemen seni bahasa dan seni persembahan, iaitu kaedah didik hibur.

3.0 PROSEDUR
3.1 Pertandingan ini diadakan antara kumpulan akademik. Setiap kumpulan akademik wajib menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan.
3.2 Penyertaan boleh juga dibuat mengikut Jabatan atau Unit di mana setiap Jabatan atau Unit menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan.
3.3 Setiap kumpulan yang mengambil bahagian perlu terlebih dahulu mengkaji kesebelasan anjakan transformasi sistem yang terkandung di dalam PPPM untuk dijadikan bahan penyampaian dalam persembahan.
3.4 Setiap kumpulan boleh memilih satu atau lebih tajuk-tajuk anjakan transformasi sistem untuk dijadikan tema persembahan.
3.5 Jumlah ahli dalam setiap kumpulan yang mengambil bahagian hendaklah tidak melebihi 25 orang.
3.6 Jumlah masa yang diperuntukkan bagi setiap persembahan ialah antara 7 hingga 10 minit
3.7 Saringan akan diadakan pada 8 September 2016 bagi memilih 5 kumpulan ke pertandingan peringkat akhir.
3.8 Pertandingan peringkat akhir akan diadakan pada 22 September 2016.
3.8 Antara bentuk persembahan teater dan permainan rakyat yang dicadangkan ialah:
i. Dikir Barat
ii. Mak Yong
iii. Boria
iv. Tok Selampit
v. Awang Batil
vi. Sketsa dan Parodi
vii. Dondang Sayang
viii. Nyanyian Koir
ix. Kumpulan Sebutan Berirama (Choral Speaking)
x. Action Song
3.8.1 Bentuk persembahan yang lain daripada di atas boleh diterima sekiranya sesuai dengan budaya dan nilai-nilai tempatan.

4.0 HADIAH
4.1 Hadiah-hadiah yang dicadangkan adalah berupa Sijil dan hamper dengan nilai-nilai yang berikut:
i. Tempat Pertama RM100.00
ii. Tempat Kedua RM75.00
iii. Tempat Ketiga RM50.00

5.0 PERALATAN/PROPS
5.1 Semua kumpulan perlu membawa peralatan dan props sendiri manakala alatan muzik akan disediakan oleh pihak penganjur sekiranya diperlukan
6.0 URUSETIA
6.1 Semua pertanyaan tentang pertandingan ini boleh disampaikan kepada:
i. Pn Hajjah Aisah Bee Bt Mohd Hanafi
Jabatan Bahasa, Bidang Bahasa Inggeris

ii. En. Ghazali Bin Abdul Ghani
Jabatan Sains Sosial, Bidang Pendidikan Muzik


Disediakan Oleh:
Ghazali Bin Abdul Ghani
Untuk:
Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar-dasar Kerajaan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

Tiada Komen Dikirimkan.
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Penilaian hanya boleh dilakukan oleh ahli sahaja.

Sila log masuk atau pendaftaran untuk undi.

Tiada sebarang penilaian dikirimkan.