Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 17
- Cetak
- 14 Mar 2013
- Tiada kategori
- 677 Baca
- 0 Komen
Pada 12 Mac 2013 yang lalu telah diadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 7 Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun. Kejohanan tersebut telah dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Astaka Waja. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Zakaria Kasa, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir dalam majlis perasmian dan penutupan ialah Pengarah, Timbalan Pengarah serta semua pensyarah dan pelajar sepenuh masa IPG Kampus Tuanku Bainun. Kejohanan kali ini telah dianjurkan oleh Unit Gerko dan PISMP Semester 5, 2013.
Johan pasukan rumah sukan pada tahun ini telah diraih oleh pasukan rumah Cemerlang. Tempat kedua;Dinamik, ketiga; Bestari dan keempat; Amanah. Rumah Cemerlang telah menjuarai pertandingan kawat mengalahkan pasukan lain. Manakala Unit KRS telah menjuarai pertandingan kawat untuk katogeri unit beruniform. Rumah Bestari telah menjuarai pertandingan rumah terbaik dan maskot terbaik. Tahniah kepada semua yang telah berjaya "majulah sukan untuk negara".
Gambar lain sila KLIK

Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Tiada sebarang penilaian dikirimkan.