Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 1

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 8
» Ahli Terbaru: roslee bin osman
Video Pilihan Bulan Ini
Berita Terkini

Info Kursus dan Mesyuarat

Mesyuarat Penyelarasan Pembentangan Kertas Cadangan untuk pelajar PPG Major Pengajian Melayu IPG KTB | Hari: Isnin - Rabu 25 hingga 27 Ogos 2014| Masa:8.00 pagi hingga 10.30 malam | Tempat: di Hotel Grand Continental, Langkawi

Kursus WEB 2.0 VLE akan diadakan pada 2-4 September 2014 di Jawi Golf Resort | Masa:8.00 pagi hingga 10.30 malam

Selamat Bermesyuarat dan berkursus

Berkhidmatlah kerana Allah

Sajak Pilihan Bulan Ini

Usman Awang

Guru oh guru

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 1979

Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
Masa Itu Emas
Bicara Keluarga JPM
Tweets
Peribahasa Pusaka Budaya
Laksana Menggantang Asap, Mengukir Langit.

Maksudnya : Kerja yang sia-sia.

Profil

PROFIL JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Jabatan Pengajian Melayu, terletak di tingkat 1, blok B di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Jabatan Pengajian Melayu berfungsi untuk memartabatkan bahasa Melayu di institut ini khasnya dan di persada negara amnya. Sebagai sebuah jabatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang pedagogi, kebahasaan dan kesusasteraan, jabatan ini terlibat secara langsung dalam menganjurkan kursus-kursus peningkatan profesionalisme keguruan. Dalam kalangan pelajar, aspek yang diberi tumpuan khusus ialah latihan-latihan yang merangkumi aspek ketrampilan ilmu berbahasa dan pedagogi bahasa. Pelajar juga dilatih dengan aspek-aspek pengurusan dan pengelolaan melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan serta kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi yang berkesan dan yang berketrampilan.

Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tuanku Bainun sering mengadakan kolaborasi bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka, Wilayah Utara dan Persatuan Karyawan, Universiti Sains Malaysia. Program dan aktiviti seperti Bicara Ilmu, Minggu Kebahasaan, Apresiasi Puisi, Syarahan Perdana dan perbengkelan yang berkisar tentang kebahasaan dan kesusasteraan Melayu sering kali dianjurkan bersama. Selain itu, melalui kerjasama antara Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, membolehkan Jabatan Pengajian Melayu Kampus Tuanku Bainun menyumbangkan kepakaran melalui Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) kepada guru-guru di negeri yang berkenaan.

Sebagai rumusannya, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tuanku Bainun merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab membentuk dan memperkukuh tradisi berbahasa dalam kalangan masyarakat, khususnya warga IPG Kampus Tuanku Bainun sendiri. Warga Jabatan Pengajian Melayu beriltizam membangunkan tradisi berbahasa Melayu, membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, memperkukuh dan memartabatkan profesion keguruan, menjulang tradisi keilmuan, dan melahirkan masyarakat Malaysia ke arah modal insan kelas pertama bertaraf dunia.


Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Perahu belayar ke Pulau Sentosa,
Emping padi bersama belati;
Melayu indah santun berbahasa,
Tingginya budi akhlak pekerti.

VISI
Jabatan Pengajian Melayu IPG KTB Peneraju Kecemerlangan Pendidikan bahasa Melayu

MISI
Melahirkan warga pendidik bahasa Melayu yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru bahasa Melayu yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

MOTO

“Berilmu, mendidik dan memartabat bahasa Melayu”

OBJEKTIF JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tuanku Bainun yang mampu melahirkan pendidik yang :

1. berilmu dalam aspek pedagogi bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menjadi pendidik yang berkesan;
2. menguasai aspek komunikasi yang berkesan;
3. berkemahiran memilih, menyusun, dan mengurus sesuatu rancangan pengajaran bertujuan untuk menghasilkan pencapaian yang optimum dan berkesan;
4. menikmati, menghayati dan menghargai nilai-nilai keindahan bahasa dalam karya sastera bahasa Melayu;
5. memahami, mengamalkan dan memartabatkan budaya Melayu dalam kalangan pensyarah dan pelajar opsyen Pengajian Melayu;
6. kreatif dan berinovasi dalam membudayakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berintegrasikan teknologi yang terkini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada Komen Dikirimkan.
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Penilaian hanya boleh dilakukan oleh ahli sahaja.

Sila log masuk atau pendaftaran untuk undi.

Tiada sebarang penilaian dikirimkan.