PERSEDIAAN AUDIT PENSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SP
- Cetak
- 03 Feb 2012
- Tiada kategori
Adalah dimaklumkan bahawa badan pensijilan SIRIM-QAS International akan menjalankan Audit Pensijilan Semula ke atas pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 di IPGM dan IPGK pada 30 Januari hingga 1 Februari 2012 di institut ini.
Sehubungan itu, semua staf akademik dan staf sokongan diingatkan agar membuat semakan ke atas rekod dan aktiviti yang telah dijalankan di IPGK agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur SPK yang sedang berkuatkuasa. Tindakan Pembetulan dan penambahbaikan ke atas sebarang kelemahan di dalam sistem hendaklah diberi perhatian serius sebagai persiapan bagi menghadapi pengauditan ini.