- Cetak
- 28 Jun 2012
- Tiada kategori
- 1790 Baca
- 0 Komen
Pada 25 Jun yang lalu seramai 68 pelajar baharu lepasan SPM, telah mendaftar untuk Program Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Pengambilan kali ini agak sedikit jika dibandingkan dengan pengambilan sebelumnya. Pelajar baharu kali ini terdiri dari empat kumpulan pengkhususan iaitu Reka bentuk dan Teknologi, Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan TESL. Seluruh warga IPG Kampus Tuanku Bainun mengalu-alukan kehadiran anda semua.
Sebahagian pelajar baharu di hari pendaftaran
- Cetak
- 13 Jun 2012
- Tiada kategori
- 1437 Baca
- 0 Komen
Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) akan diadakan pada 10 hingga 13 Julai 2012 bersamaan 20 hingga 23 Sya'aban 1433 Hijrah bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPj) Presint 3, Putrajaya.TAHNIAH kepada semua graduan IPG KPM Program Ijazah Sarjana Muda Linguistik (Bahasa Perancis), KPLI SR (Sepenuh Masa & Kursus Dalam Cuti), KPLI KDC PLPS, KPLI LPBS J-Qaf, KDPM Kemas/Perpaduan, dan KDPM SABK JAWI yang telah menamatkan pengajian dengan jayanya pada Jun 2011, November 2011 dan Jun 2012 serta layak dianugerahi Diploma Pendidikan atau Diploma Perguruan. Manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Linguistik (Bahasa Perancis) kohort kedua, akan dianugerahkan Ijazah oleh Universiti French Of Comte' Perancis.
Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
Malaysia (IPG KPM) Sesi Ke-2 Tahun 2012 ini melibatkan semua lulusan bagi program
yang dinyatakan di atas dari 27 buah IPG.
Sila muat turun di pautan ini;
1. Maklumat
Konvokesyen 2012
2. Senarai
Nama Graduan 2012
Sebarang pertanyaan tentang maklumat konvo, sila berhubung terus dengan En.
Adnan bin Baharom (SU Konvokesyen) di talian 019-4409807