Bidang Tugas
Mengkaji keperluan dan keadaan infrastruktur semasa dan pada masa akan datang.
Memeriksa dan menilai kemudahan infrastruktur institut dari semasa ke semasa dan melaporkan sebarang kerosakan pada mana-mana bahagian bangunan yang memerlukan tindakan pembaikan segera.
Mencadangkan bentuk pembaikan yang perlu dilakukan ke atas mana-mana bahagian kepada Jawatankuasa Induk Pembangunan.
Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi membincangkan pelan tindakan. Menyediakan laporan tahunan pada setiap akhir tahun. Mengadakan mesyuarat dengan syarikat yang berjaya dalam pemilihan tender sebelum dan selepas projek dilaksanakan. Memastikan syarikat yang akan melaksanakan projek menepati piawaian yang ditetapkan seperti dalam speksifikasi kerja. Menentukan dan memperakui bersama antara syarikat dan pihak pentadbiran tentang kos dan bahan binaan berada dalam lingkungan yang telah ditetapkan seperti dalam tawaran. Menilai proses kerja dan prosedur pembinaan sebelum, semasa dan sesudah kerja-kerja pembinaan.
CARTA ORGANISASI