Ibarat ibubapa kedua bagi setiap pelajar. Ungkapan inilah yang sentiasa menjadi pegangan bagi setiap warga JHEP ketika mengurus dan melaksanakan tanggungjawab kepada para siswa pendidik di IPGKTB. Jabatan ini diwujudkan bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan pembangunan insaniah pelajar terjaga dan diberi perhatian sewajarnya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memastikan semua bakal guru yang dilatih di institusi ini mempunyai sikap dan sahsiah positif sesuai dengan profesion keguruan. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan serta dibantu oleh Penolong Ketua Jabatan dan empat Ketua Unit bagi melicinkan pengurusan di peringkat jabatan. Unit-unit tersebut ialah Unit Pembangunan Insaniah, Unit Rekod dan Alumni, Unit Disiplin dan Kebajikan serta Unit Kolej Kediaman. Selain itu, pengurusan jabatan ini juga dibantu oleh dua orang Pegawai Pengurusan, seorang Pen. Pengurus Asrama, dua orang Penyelia Asrama dan dua orang Pembantu Operasi. Sehubungan itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertekad akan sentiasa berusaha seoptimum yang mungkin untuk melengkapkan bakal guru dengan kepelbagaian kebolehan dan kemahiran di samping berketrampilan, berakhlak serta melahirkan guru yang berjiwa pendidik selari dengan dengan visi dan misi IPG.
Navigasi
Pengguna Di talian
Tetamu Di Talian: 2
Ahli Di Talian: 0
Keseluruhan Ahli: 23
Ahli Terbaru: MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHMAD BAK
Ahli Di Talian: 0
Keseluruhan Ahli: 23
Ahli Terbaru: MUHAMMAD ZAKWAN BIN MOHMAD BAK
Staf HEP
Aplikasi Online IPGM
Buku Peraturan IPG
Jumpa Kaunselor
MPPPB
Langsung Dari Mekah
Log masuk
Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.
Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
MUTIARA KATA
"MEMBANGUNKAN PERADABAN BERKUALITI, NEGARA HARUS MILIKI GURU YANG HEBAT & KOMPETEN DALAM BIDANGNYA"
Demi Masa
Pengurusan Kolej Kediaman
INFO PELAJAR
FB Rasmi
Medina TV Live
Profil Jabatan