Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 1

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 4
» Ahli Terbaru: w0jlo06t
VIDEO PILIHAN
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
INFO TERKINI JTP

Info Kursus

Bengkel Kemaskini Laman Web Jabatan dan Unit | Hari: Selasa |Tarikh : 26-27 Jan/2022 | Mas a:9.00 pg - 4.30 ptg |Tempat: Makmal UTM, IPGKTB

Selamat Berkursus

Professional Talk
TWITTER
Profil

Latar Belakang ________________________________________________

Jabatan Teknologi Pengajaran dan Kemanusiaan (JTPaK) merupakan jabatan yang menggabungkan tiga unit iaitu unit Teknologi dan Multimedia, unit Pendidikan Awal Kanak-kanak serta unit Sejarah. Jabatan ini berfungsi merancang dan memberi latihan dan pendidikan berkualiti dalam melaksanakan sistem pendidikan guru yang berkualiti kepada pelajar IPGKTB untuk melahirkan insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan, dinamik dan inovatif bagi merealisasikan aspirasi KPM dalam menyesuai dan memperkembangkan diri terhadap perubahan-perubahan terkini dalam dunia pendidikan. Ahli dalam jabatan ini adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada pensyarah akademik dan staf.

Objektif _______________________________________________________

  1. Melahirkan guru-guru yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan  ilmu  Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sejarah dan Teknologi. 
  2. Sentiasa menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi meningkatkan kualiti profesionalisme keguruan. 
  3. Melaksanakan tugas dan program yang telah dirancangkan oleh jabatan,  pihak pengurusan dan pentadbiran sepanjang tahun.

Perkhidmatan ____________________________________________________

Antara perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan para pensyarah dan pelajar IPGKTB ialah, khidmat nasihat tentang Pendidikan Sejarah, Pendidikan Awal Kanak-Kanak,  ICT, rekabentuk bahan pengajaran dan pembelajaran. Unit ini juga bertanggungjawab membangun, mengendalikan serta menyelaras Laman Web Rasmi institut. Disamping itu unit ini juga diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Facebook serta Canel Youtube rasmi institut. UTM juga sering diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman dan live streaming menggunakan platform seperti Google Meet, Facebook, Youtube dan sebagainya.

Kursus-Kursus ___________________________________________________

JTPaK diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus Pengajian Profesional dan kursus elektif untuk pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Disamping itu JTPaK juga diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kursus Penjajian Profesional untuk Program Diploma Perguruan Pasca Siswazah (PDPP) dan Program Diploma Perguruan (PDP). Disamping itu Unit juga sering mengendalikan kursus dan bengkel yang melibatkan pensyarah dan staf berkaitan teknologi dan ICT.