Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 6

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 4,584
» Ahli Terbaru: NURAQILAH BINTI ZULFIKAR
Laman Web IPGM
SISTEM ATAS TALIAN
IConFEd2020
Makkah TV Live
Login Emel Staf
Pautan Utama
Mari Belajar Bahasa
Sebagai IPG yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa dan bahasa kita sepatutnya mencuba untuk mengetahu perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan dalam komunikasi seharian. Sebagai permulaan mari kita mencuba perkataan-perkataan ini.
Latihan 1
Undian ahli
Adakah anda memahami perbezaan konsep kreativiti dan inovasi?

Saya memahami
Saya memahami
85% [112 Undian]

Saya kurang memahami
Saya kurang memahami
11% [15 Undian]

Saya tidak Pasti
Saya tidak Pasti
3% [4 Undian]

Undian: 131
Anda mesti log masuk untuk membuat undian.
Bermula: 12.05.14
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
Lokasi Kampus
Medina TV Live
Sistem Pergerakan Staf
Sistem Audit MSISO
Aduan Pelanggan
Shoutbox
You must login to post a message.

28-12-2020 09:50
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

16-11-2020 20:48
Assalamualaikum. Bila permohonan seterusnya akn dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

03-11-2020 11:21
ICONFED 2020 is going virtual from 17- 18 November 2020 !!! Click here to visit our website ... http://ipgktb.edu.
my/iconfed2020/

17-08-2020 14:28
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

27-07-2020 01:30
Hai.. Bila permohonan dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

Shoutbox Archive
Facebook IPGKTB
Gerhana Bulan (Khusuf)
Fenomena Gerhana Bulan Penuh
4 April 2015 ( Sabtu)

Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu garisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.
Rakyat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada 4 April 2015.Menurut laporanfalakonline.net, sebahagian besar negara-negara di Asia dan benua Amerika dapat menyaksikan fenomena itu.
Bagaimanapun, rakyat di Semenanjung Malaysia akan terlepas fasa-fasa awal gerhana itu, namun penduduk di timur Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa gerhana itu dari awal hingga akhir.Tempoh gerhana bulan kali ini dijangka amat pendek, kerana ia berada dalam fasa gerhana penuh selama lima minit dan orang ramai berpeluang melihat bahagian sisi kiri bulan (sebelah utara) lebih cerah sedikit, berbanding bahagian kanan, ketika saat-saat fasa gerhana penuh berlaku.
Waktu Bulan terbit di Pulau Pinang hampir sama dengan Matahari terbenam atau waktu maghrib pada tarikh tersebut. Selepas 20 minit dari waktu maghrib (pukul 19.23 petang) Bulan mengalami gerhana penuh berada pada altitud (ketinggian) 9 darjah dari ufuk. Pada altitud ini Bulan masih rendah dan agak sukar melihatnya. Bagi melihat Bulan pada waktu tersebut dengan lebih jelas anda perlu berada di ufuk atau di tempat yang tinggi. Gerhana penuh berlaku dalam tempoh lima minit sahaja. Gerhana penuh ini bermula pada pukul 8.00 PM dan berakhir pada 8.02 PM.
Dalam tempoh ini Bulan hilang cahayanya tetapi jika cuaca baik Bulan kelihatan kemerahan. Ini disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera Bumi dan jatuh ke atas permukaan Bulan. Warna cahaya ini kelihatan samar-samar. Selepas dari itu Bulan akan mengalami fasa separa. Bulan akan mula bercahaya sedikit demi sedikit, Bulan mula kelihatan seperti sabit halus dan bentuk sabit ini semakin bertambah besar sehingga pukul 21.44. Pada waktu ini Bulan berada pada altitud 34 darjah dari ufuk dan kelihatan bercahaya sepenuhnya. Bulan seterusnya akan memasukki fasa penumbra. Fasa penumbra agak sukar dibezakan dengan fasa purnama jika dilihat dengan mata kasar. Pada fasa penumbra Bulan masih berada dalam bayang penumbra Bumi sehingga pukul 22.58. Selepas itu Bulan kembali normal pada altitud 52 darjah dari ufuk.
Gerhana ada sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah seperti yang dinyatakan di dalam sabda junjungan baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
Daripada Abdullah Ibnu Abbas Radhiallahu'anhu berkata, bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam, "Sesungguhnya Matahari dan Bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuatan dan kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang, pula tidak kerana kehidupan seseorang. Apabila kamu melihat demikian, maka berzikirlah kepada Allah". (Hadith riwayat Bukhari).

Tiada Komen Dikirimkan.
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Penilaian hanya boleh dilakukan oleh ahli sahaja.

Sila log masuk atau pendaftaran untuk undi.

Tiada sebarang penilaian dikirimkan.