- Cetak
- 10 Apr 2012
- Tiada kategori
- 3032 Baca
- 0 Komen
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2008 yang telah berjaya penerima
ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen PISMP Kali ke-2 baru-baru ini.
Konvokesyen tersebut telah dijalankan secara berpusat di Dewan Perdana PICC
Putra Jaya pada 12-14 Mac 2012.
Antara pelajar cemerlang
IPG Kampus Tuanku Bainun bergambar bersama Puan Tumerah dan
para pensyarah
Seramai lima orang graduan dari IPG Kampus Tuanku Bainun telah terpilih untuk
menerima anugerah cemerlang dalam pelbagai katogeri di peringkat kebangsaan
sempena Konvokesyen tersebut.
Gambar lain sila KLIK
Patma Wanwiklai yang berasal dari Kota Baharu telah dipilih
sebagai pelajar terbaik Bahasa Melayu. Kini beliau bertugas di SJK(C) Mun Chun
Kuala Lumpur. Hong Shall Way yang berasal dari Langkap Perak, telah dipilih
untuk menjadi pelajar terbaik Bahasa Cina dan sekarang bertugas di SJK(C) Kuen
Cheng 2, Kuala Lumpur. Thilagam A/P Birma pula telah dipilih sebagai pelajar
terbaik Bahasa Tamil. Beliau yang berasal dari Bedung Kedah kini ditugaskan
di SJK(T) Ladang New Coconut, Sungai Sumun, Perak. Ooi Kheng Yee pula telah
terpilih sebagai pelajar terbaik Pendidikan Muzik. Beliau yang berasal dari
Kemunting Perak, kini ditempatkan di SJK(C) Ngai Seng Trong, Perak. Mohd Syukri
Aliff Bin Mohd Aziz pula telah menerima Anugerah Kepimpinan Terbaik. Beliau
berasal dari Kota Baharu Kelantan kini bertugas di SK Kelawit Tatau, Sarawak.