Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun 2012
- Cetak
- 06 Jul 2012
- Tiada kategori
- 979 Baca
- 0 Komen
Pada 2 Julai yang lalu Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Tuanku Bainun telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan kerjasama antara pelajar dan pensyarah. Acara dimulakan seawal 7.30 pagi dengan aktiviti senamrobik dan pertandingan acara padang. Mulai jam 11.00 pagi aktiviti diteruskan dengan acara pembacaan perutusan hari guru dan pelbagai persembahan oleh pelajar IPGKTB. Antara persembahan yang telah menarik perhatian hadirin ialah sketsa oleh pelajar-pelajar Pra Sekolah. Antara persembahan lain yang begitu mantab oleh pelajar IPGKTB ialah seperti koir, bacaan puisi, multimedia, nasyid, band dan nyanyian. Walaupun sambutan hari guru kali ini diadakan agak lewat (kerana tarikh sambutan hari guru tahun ini berbetulan dengan minggu peperiksaan dan diikuti cuti semester) ianya tetap meriah dan dapat menerapkan jati diri di kalangan warga pendidik khususnya di institut ini. Tahniah kepada semua pihak yang telah berjaya menganjurkan sambutan hari guru tahun ini dengan lancar dan meriah.
Puan Pengarah dan sebahagian pelajar sedang beriadah sempena sambutan Hari Guru 2012 Pengarah dan pengurusan tertinggi sedang masuk ke dalam Dewan
Antara persembahan oleh para pelajar
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Tiada sebarang penilaian dikirimkan.