- Cetak
- 21 Aug 2019
- Tiada kategori
- 417 Baca
- 0 Komen
Pada 20-21 Ogos 2019 Jabatan Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan telah menjalankan Bengkel Kemaskini Laman Web. Bengkel tersebut telah dijalankan di Makmal Komputer Pusat Sumber Negeri, Pokok Sena Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Bengkel selama dua hari tersebut telah dirasmikan oleh Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat (Timbalan Pengarah) IPG Kampus Tuanku Bainun. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Mohd Yusof Sahab (Ketua Penolong Pengarah) Pusat Sumber Pendidikan Negeri. Dr. Mohamad Fadzil telah memberi semangat dan harapan kepada semua admin yang hadir agar laman web IPGKTB akan dapat terus memaparkan maklumat terkini serta lebih berdaya saing, setanding dengan perkembangan web semasa.
Semua admin laman web jabatan dan unit telah berbincang untuk menambahbaik kandungan dan paparan yang boleh dilaksanakan dengan bimbingan web master dari JTP, Unit TMK dan Ust. Basil Damanhuri dari IPG Kampus Darul Aman.