Perpisahan dengan Pn. Tumerah Binti Rosmin (Mantan Pengarah)
- Cetak
- 30 Sep 2012
- Tiada kategori
- 1573 Baca
- 0 Komen
Majlis perpisahan dengan mantan Pengarah Pn. Tumerah binti Rosmin telah diadakan pada 26 September yang lalu. Ahli Majlis M3P, para pensyarah kanan, para pensyarah dan para pelajar telah mengiringi beliau di hari terakhir beliau berada di IPG Kampus Tuanku Bainun. Beliau telah berpindah ke IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sebagai pengarah yang baharu di sana. Seluruh warga IPG Kampus Tuanku Bainun ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas perkhidmatan beliau menerajui kampus ini mulai 16 Oktober 2011 yang lalu. Sementara itu Tn Hj. Daud bin Md Saman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun yang baharu. Tn. Hj. Abu Bakar bin Othman yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah memangku tugas sebagai Timbalan Pengarah. Warga IPG Kampus Tuanku Bainun mengalu-alukan kepimpinan yang baru, semoga IPG akan terus unggul dan cemerlang
Pn. Tumerah di hari perpisahan dengan warga IPG Kampus Tuanku Bainun
Pn. Tumerah di hari perpisahan dengan warga IPG Kampus Tuanku Bainun
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Tiada sebarang penilaian dikirimkan.