Navigasi
Pengguna Di talian
» Tetamu Di Talian: 6

» Ahli Di Talian: 0

» Keseluruhan Ahli: 4,584
» Ahli Terbaru: NURAQILAH BINTI ZULFIKAR
Laman Web IPGM
SISTEM ATAS TALIAN
IConFEd2020
Makkah TV Live
Login Emel Staf
Pautan Utama
Mari Belajar Bahasa
Sebagai IPG yang mempunyai pelajar dari pelbagai bangsa dan bahasa kita sepatutnya mencuba untuk mengetahu perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan dalam komunikasi seharian. Sebagai permulaan mari kita mencuba perkataan-perkataan ini.
Latihan 1
Undian ahli
Adakah anda memahami perbezaan konsep kreativiti dan inovasi?

Saya memahami
Saya memahami
85% [112 Undian]

Saya kurang memahami
Saya kurang memahami
11% [15 Undian]

Saya tidak Pasti
Saya tidak Pasti
3% [4 Undian]

Undian: 131
Anda mesti log masuk untuk membuat undian.
Bermula: 12.05.14
Log masuk
Nama Pengguna

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
KLIK DI SINI untuk mendaftar.

Terlupa kata laluan?
Memerlukan yang baru KLIK DI SINI .
Lokasi Kampus
Medina TV Live
Sistem Pergerakan Staf
Sistem Audit MSISO
Aduan Pelanggan
Shoutbox
You must login to post a message.

28-12-2020 09:50
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

16-11-2020 20:48
Assalamualaikum. Bila permohonan seterusnya akn dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

03-11-2020 11:21
ICONFED 2020 is going virtual from 17- 18 November 2020 !!! Click here to visit our website ... http://ipgktb.edu.
my/iconfed2020/

17-08-2020 14:28
Wsalam dan salam sejahtera semua...sila rujuk laman web https://pismp.moe.
gov.my/ untuk maklumat terkini..Terima Kasih.

27-07-2020 01:30
Hai.. Bila permohonan dibuka utk program perguruan lepasan ijazah?

Shoutbox Archive
Facebook IPGKTB
IPG Kampus Tuanku Bainun Johan Kuiz Pelaburan PNB 2012
IPG Kampus Tuanku Bainun telah dinobatkan sebagai Juara Kuiz Pelaburan PNB 2012 Kategori Institut Pendidikan Guru, menewaskan 27 IPG kampus lain dari seluruh negara. Persaingan kali ini sangat sengit dan mendebarkan. Akhirnya IPG Kampus Tuanku Bainun telah mendapat tepukan yang sangat gemuruh kerana menjadi juara dengan disaksikan oleh kebanyakan penuntut dan pensyarah dari IPG sendiri. Pertandingan akhir dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yabhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Aminuddin Baki IPG Kampus Tuanku Bainun selama tiga hari mulai 9-11 Oktober adalah anjuran PNB, ASNB dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Pendidikan Guru.
Pertandingan Kuiz PNB Kategori Institut Pendidikan Guru telah bermula sejak 2009 dan tahun ini merupakan kali keempat. Pada tahun ini seramai 4,802 penyertaan telah diterima di peringkat Pra-Kelayakkan. Seterusnya di peringkat Kelayakkan dua orang yang mendapat markah tertinggi dari setiap IPG dipilih untuk masuk ke peringkat separuh akhir mewakili IPG masing-masing. Lima kumpulan yang terbaik akan menyertai pertandingan akhir. Pada tahun ini IPG Kampus Tuanku telah berjaya menjadi Johan dengan hadiah sebanyak RM8,000.00, dan trofi. Tempat kedua dimenangai oleh IPG Kampus Pendidikan Islam dengan hadiah sebanyak RM 6,000.00 serta tropi. Tempat ketiga telah dimenangi oleh IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dengan hadiah sebanyak RM 3,000.00 serta trofi


Dua peserta dari IPG KTB yang telah berjaya menjadi juara pertandingan akhir
menerima hadiah daripad Yabhg Tun Ahmad Sarji



Nik Muhammad Hafizuddin Bin Ismail dan Wan Mohamad Faiz bin Wan Mohamed Kozani
dari Sem 2 Matematik telah berjaya menjadi juara pada tahun ini


Johan, Pasukan IPG Kampus Tuanku Bainun, kedua IPG Kampus Pendidikan Islam
dan ke tiga IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka



Tiada Komen Dikirimkan.
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Penilaian hanya boleh dilakukan oleh ahli sahaja.

Sila log masuk atau pendaftaran untuk undi.

Tiada sebarang penilaian dikirimkan.