- Cetak
- 01 Mar 2012
- Tiada kategori
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan yang akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan pada kali ini (PISMP ambilan 2008). Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen tersebut akan diadakan secara berpusat seperti butiran berikut;
Tarikh: 12 - 14 Mac 2012 (18 - 20 R.Akhir 1433H)
Hari: Isnin hingga Rabu
Tempat: Dewan Perdana, PICC, Presint 5, Putrajaya


Dewan Perdana, PICC, Presint 5, Putrajaya
Sila muat turun dan cetak maklumat berikut;
Surat Jemputan Konvokesyen & Maklumat Konvokesyen
Surat Jawapan
Makluma lanjut sila KLIK pada pautan berikut;
http://www.lmsipda.net/konvo2012


- Cetak
- 01 Mar 2012
- Tiada kategori
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kementerian Pelajaran Malaysia sedang menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Institut Pendidikan Guru Lestari (IPG Lestari) bagi Program IPG Lestari yang bakal dilancarkan pada 22 April 2012, sempena sambutan Hari Bumi. Semua warga IPG Kampus Tuanku Bainun di jemput untuk menyertai pertandingan tersebut.
Tempat Pertama: RM1,000 Kedua: RM500 Ketiga: 250 Saguhati: RM 100
Tarikh tutup penyertaan pada 9hb Mac 2012. Semua pertanyaan dan borang penyertaan boleh diserahkan ke Jabatan Matematik
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Dr Sajap Maswan (Ketua Unit Multimedia)
- Cetak
- 03 Feb 2012
- Tiada kategori
- 1118 Baca
Adalah dimaklumkan bahawa badan pensijilan SIRIM-QAS International akan menjalankan Audit Pensijilan Semula ke atas pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 di IPGM dan IPGK pada 30 Januari hingga 1 Februari 2012 di institut ini.
Sehubungan itu, semua staf akademik dan staf sokongan diingatkan agar membuat semakan ke atas rekod dan aktiviti yang telah dijalankan di IPGK agar sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur SPK yang sedang berkuatkuasa. Tindakan Pembetulan dan penambahbaikan ke atas sebarang kelemahan di dalam sistem hendaklah diberi perhatian serius sebagai persiapan bagi menghadapi pengauditan ini.