Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) :
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru lepasan SPM dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, Antara bidang major yang ditawarkan di kampus ini adalah seperti berikut :
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani
- Rekabentuk Teknologi (RBT) Pendidikan Prasekolah
- Pendidikan Muzik
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan
dikeluarkan.
- Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik atau Matematik Tambahan
5. Biologi atau Fizik atau Kimia atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan
6. Satu mata pelajaran yang lain
- Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).
- Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan elama 8 semester di IPG seluruh Malaysia. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
- Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
- Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.
- Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran
Syarat dan Kelayakan
Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Menakutkan! | 0% | [Tiada Undian] | |
Sangat Baik | 100% | [2 Undian] | |
Baik | 0% | [Tiada Undian] | |
Sederhana | 0% | [Tiada Undian] | |
Lemah | 0% | [Tiada Undian] |
pada December 01 2017 21:26:07
pada January 19 2018 10:51:15
pada March 24 2018 12:57:36
pada April 03 2019 13:07:17
pada April 27 2019 14:01:15