Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur (Istana Budaya dan Aswara) 2018 21 hingga 23 Februari 2018.
Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pelajar dan pensyarah JPM dengan aktiviti teater, drama dan aktiviti-aktiviti kesenian, kesusasteraan dan bahasa. Pelajar dan pensyarah dapat melihat bagaimana kelas drama, teater, kesusasteraan dan bahasa Melayu dijalankan dan dikendalikan. Selain dari itu, pelajar dan pensyarah berkesempatan melawat dan menonton teater ""Ola Bola"" di Istana Negara. Aktiviti ini telah memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar pengkhususan bahasa Melayu dan para pensyarah JPM.
Kirim Komen
Sila Masukkan Kata Kunci Untuk Mengirim Komen.
Penilaian
Tiada sebarang penilaian dikirimkan.